Mengapa seharusnya anda buat sesuatu yang anda belum pasti. Apatah lagi apa yang hendak dibuat itu dilarang oleh Allah SWT. Malah bukan Allah SWT murka tetapi menimbulkan pelbagai kesusahan dan penderitaan akibat dari perbuatan anda itu.
Anda perlu berfikir sebab dan akibat mengapa sesuatu perbuatan yang disenangi oleh nafsu tapi sering ditegah oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Pengalaman orang dan juga yang sedang anda lalui banyak yang boleh dijadikan pengajaran dan membawa perubahan diri.
Oleh itu, 'JANGAN sebagai tanda peringatan untuk anda berfikir berkali-kali sesuatu yang anda buat itu ada hubungan dengan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
Semoga buku ini dapat membimbing anda menjadi insan yang bijaksana dan tahu menila yang mana satu kaca dan mana satu permata.
No reviews found