Seoul Dengan RM1,400 Je? (MBC)

Write a review
RM25.00
Ask a question
9789671387719
Out of stock
===========================
Format: Paperback
Saiz: 8" x 5"
ISBN-13: 9789671387719
Tarikh Terbit: April 2016
Jumlah Muka Surat: 192
Berat (Kg): 0.20           
Penulis: Normi Ahmad Shafie
===========================

“Adik, berli satu 10 ringgit,” suara lelaki itu menarik perhatian saya. Saya pandang ke muka lelaki itu, dia orang Korea dalam lingkungan umur 40-an. ‘Eh, tau berbahasa Melayu?’ Dia tersenyum memandang saya sambil mengulangi ayatnya tadi. Saya pandang baju t-shirt yang dijualnya tertera harga KRW10,000. ‘Wah, RM10 kau kata!’

*******

Sedang menuruni tangga subway, kedengaran bunyi ‘gedebuk’ diikuti suara budak mengerang kesakitan. Saya segera berpaling ke belakang dan terlihat seorang budak lelaki dalam linkungan umur 10 tahun yang agak gempal berbangsa Korea sedang terjelepuk di atas tangga tak jauh dari saya.

Dia menangis dan mengaduh. Ada luka di kaki kanannya. Kasihan sungguh!

Saya pun cuba panggil orang-orang tempatan yang sedang lalu-lalang. “Please help him, he’s hurt.”

Ramai terus berjalan, memandang tapi tiada seorang pun berhenti memberi pertolongan.

*******

29 Oktober 2015 kembara ke Seoul, 5 hari 4 malam, RM1,400 termasuk tiket kapal terbang dan penginapan. Ohsem!

No reviews found