Seni Melihat - John Berger (Ways of Seeing, terjemahan Alina Abdullah)

Write a review
RM46.00
Ask a question
Price in points: 46 points
Out of stock

Judul: Seni Melihat
Judul asal: Ways of Seeing
Penulis: John Berger
Penterjemah: Alina Abdullah
Tahun terbit: 2022
Tebal: 200 hlm.

“Melihat hadir sebelum kata-kata.”

Anak kecil memerhati dan mengenal sesuatu sebelum dapat melafazkan kata-kata. Namun begitu, ada sisi lain berkenaan keupayaan melihat mendahului kata-kata. Kita menerangkan dunia menerusi kata-kata, tetapi kata-kata tidak pernah dapat menjelaskan hakikat bahawa kita dikelilingi dunia. Kaitan antara perkara yang kita lihat dan perkara yang kita tahu tidak akan pernah selesai. Kita melihat matahari terbenam pada setiap senja. Kita tahu bumi berputar mengelilingi matahari. Tetapi pengetahuan dan penerangannya jarang sekali cocok dengan perkara yang dilihat.

Bagaimanakah kita melihat dunia sekeliling? Buku yang anda pegang ini adalah salah satu buku yang langsung merombak pegangan umum sekitar perbahasan seni. ?John Berger mencabar suatu silsilah panjang kesenian daripada catan Zaman Pembaharuan ke fotografi serta seni grafik zaman penciptaan kamera dan komputer. Gagasan yang dikemukakan John Berger meruntuhkan gagasan sedia ada dan menawarkan suatu cara baru kepada khalayak sama ada orang awam atau lingkungan seni perihal cara sebenar kita melihat serta pengaruhnya.

No reviews found