Seni Lukis Moden Malaysia: Era Perintis Hingga Era Pluralis Muliyadi Mahamood

Write a review
RM30.00
Ask a question
Price in points: 30 points
In stock
+

Seni Lukis Moden Malaysia Era Perintis Hingga Era Pluralis (1930-1990) ini ditulis bagi tujuan mendedahkan para pembaca kepada sejarah perkembangan seni tanah air dari tahun 1930-an hingga 1990-an. Di samping suatu dokumentasi tentang perkembangan seni lukis Malaysia, buku ini turut menekankan peri pentingnya pendidikan seni di kalangan remaja dan masyarakat. Seni lukis merupakan sebahagian daripada hasil kebudayaan sesuatu bangsa; justeru itu, menghayati karya-karya seni akan membolehkan seseorang itu mengenali nilai-nilai tertentu dalam sesebuah masyarakat yang melahirkannya.

Buku ini mengupas perkembangan seni lukis moden Malaysia dengan memfokus kepada stail ataupun gaya sesebuah kumpulan, aliran, serta pelukis tertentu. Ini dilakukan dengan melihat perkembangannya dari satu dekad ke dekad yang lain, menerusi bab-bab yang dirangka dengan mengambil kira faktor perubahan masa serta kumpulan pelukis. Pendekatan ini diharapkan berupaya mempertingkatkan kefahaman pembaca dalam proses mengapresiasi seni yang melibatkan aspek bentuk, makna, dan konteks penghasilan sesebuah karya.


87 pages

First published January 1, 2001

No reviews found