Save 15%

Semua Ada Saatnya - Seni Menikmati Hidup Lebih Seimbang #(L25)

Write a review
Old price: RM35.00
RM29.75
You save: RM5.25 (15%)
Ask a question
9789670884226
Out of stock

Hidup tidak perlu selamanya serius. Perlu ada waktu-waktu lapang yang menyeronokkan walaupun hanya sekejap. Tujuannya supaya hidup kita ini sentiasa bersemangat, bermotivasi dan tidak bosan menghadap hari-hari yang panjang dan membebankan.  Disebabkan itulah, terdapat juga cerita-cerita ringan yang menjadi pengajaran di dalam Al-Quran. Tidak hanya mengandungi ayat arahan ataupun larangan semata-mata. Surah Yusuf juga dikatakan turun disebabkan keluhan daripada sahabat-sahabat yang letih mendengarkan ayat-ayat syariat. Jadi Allah menceritakan kisah Yusuf secara panjang lebar.

Begitulah lumrahnya, tabiat manusia yang sentiasa sukakan keseronokan dan hiburan. Agama juga tidak melarang sesiapa pun untuk bersantai-santai di antara aktiviti-aktiviti berat mereka. Namun begitu, kita perlu tahu waktu bila kita perlu bergurau atau berhibur dan waktu bila kita perlu serius.

Buku “Semua Ada Saatnya” ini mengajak pembaca supaya lebih menikmati hidup dengan membaca kisah-kisah menarik dan santai yang memberikan inspirasi dan semangat. Kisah-kisah di dalam buku ini diharapkan dapat memastikan iman kita sentiasa terjaga. Tidak syak lagi, buku ini sesuai untuk anda baca pada waktu-waktu santai anda.

Menariknya buku ini disebabkan penulis, tidak hanya menyebutkan KISAH -KISAH UNIK tertentu
sahaja, tetapi dijadikan seperti meja makan yang di atasnya disajikan semua
jenis makanan dengan pelbagai macam rasa. Atau seperti taman yang dipenuhi
pelbagai jenis tanaman dan bunga, agar kita dapat memetik satu tangkai bunga
dari setiap taman.

Buku ini terbahagi kepada empat bab:
1. Bab Pertama: Senda dan Gurauan, Antara yang Diharamkan dan
yang Dibolehkan.
2. Bab Kedua: Beberapa Petikan dan Kutipan. Memuatkan beberapa
kisah yang banyak tersebar, dimulakan dengan taubat dan ditutup
dengan kerinduan kepada Syurga.
3. Bab Ketiga: Kisah Ringkas daripada Beberapa Mukjizat dan
Karamah.
4. Bab Keempat: Beberapa Kisah Unik dan Keajaiban.

 

Semoga buku ini dijadikan sebagai penyebab untuk membentuk senyuman di hati
dan wajah setiap Muslim dan Muslimat.
Semoga Allah menjadikan buku ini sebagai penolong bagi mereka dalam
aktiviti ibadah dan pengabdian untuk agama ini. Sesungguhnya Allah Maha
Penolong dan Maha Kuasa untuk semua itu.

No reviews found