SELUANG MENODAK BAUNG Oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad [Jejak Tarbiah]

Write a review
RM35.00
Ask a question
Price in points: 35 points
In stock
+

Dari segumpal bayu yang lunak, lembut dan sering mengusap wajah, ianya berubah menjadi angin yang deras, ribut yang kencang dan taufan yang gawat; siapsiaga melanda sebarang penindasan, ketidakadilan dan kepalsuan.

Demikian berkembangnya watak Suman dari seorang anak desa yang paling simple, seorang abang yang cukup mesra berubah cepat menjadi pemuda berang bersaga biji mata, utuh urat saraf serta sedia pula mempamerkan keberangannya itu sehingga tumpu menjadi wira yang berwibawa mencurah harapan dan cita-cita yang optimistik kepada anak buah sedesanya.

Perubahan ini banyak puncanya: keinsafan, berdikari, kenal diri, jemu mengemis, hilang kesabaran, tak selera memamah gadung. Dan segalanya bertunjangkan kemiskinan yang amat tak tertanggung.

Juga perubahan itu tertiup dari kota Pulau Pinang. Bahana kotaraya dibawa pulang ke kampung oleh Fatah, seorang penarik beca dan Suud, seorang bekas tentera. Maksiat yang membalut setiap hidup kota, penindasan di luar kemampuan daya manusia, keringat yang tak pernah mengenal detik dan tempat. Segala itu tertiup ke desa memberi bibit-bibit kesedaran baru dalam perjuangan.

Semuanya memadukan tenaga, mencantum suara, menyimpul jeritan, meluput kesabaran. Dan dengan satu tekad, satu paduan, satu cita-cita dan satu tenaga kebulatan yang tak pernah terduga oleh sesiapa terbentuk dengan ikatan darah dan cinta senasib. Tumbuh satu generasi baru yang berani melenting, menjerit, melaung dan akhirnya mengepal tinju. Di belakang ribuan anak buah memberi sokongan.

Shahnon Ahmad dalam novelnya Seluang Menodak Baung ini menidakkan struktur dan plot yang konvensional untuk membuahkan karya yang disumbat dengan rentetan emosi, sentimen yang penuh dengan ruapan dendam di luar kawalan dalam bentuk dan gaya yang tersendiri dan paling unik pernah tercipta.

No reviews found