Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-5136-18-4
Tarikh Terbit: 16 Sep 2008
Jumlah Muka Surat : 448
Berat (kg): 0.38
*************************
“Cuba kau tengok tiga bintang tu – Belt of Orion.” Faiz menuding ke arah sebaris bintang di langit. Faiz menyambung, “Menurut lagenda Greek, Orion adalah si pemburu, seorang perwira gagah yang melintasi langit. Bagi kita, Orion menunjukkan arah kiblat yang wajib kita sujud setiap lima waktu solat.”
“Walau di mana kita berada, walau apa yang kita lakukan, kita masih di bumi Tuhan, masih menatap bintang yang sama. Aku umpamakan Belt of Orion adalah kita.”
Di kampung itu, tiga jiwa mencoret kisah suka-duka masing-masing.
Dalina: Seorang anak tunggal yang terperangkap dengan suatu kelemahan diri. Yang memahaminya, hanya Faiz. Pada Dalina, Faiz adalah segala-galanya – seorang teman sepermainan, seorang sahabat, seorang kekasih. Faiz kenal hati budi Dalina, Faiz tidak menilai Dalina seperti orang lain.
Faiz: Padanya, Dalina adalah puteri dari kayangan yang sempurna segala. Pada gadis itu, dia pernah berjanji. Janji yang akhirnya membuatkan Faiz terperangkap tanpa jalan keluar.
Rafiq: Si budak nakal yang tidak pernah serik mencabar segala kesabaran. Makin dimarah, makin dia memberontak. Dia bukan anak kesukaan ayah, dia bukan pelajar kesayangan cikgu. Dia budak nakal.
Lewat remaja, takdir memisahkan mereka – tapi hanya pada jasad, bukan pada hati. Dalina berterusan dibayangi kekurangan diri. Faiz menatang sebaris janji. Dan Rafiq pula melarikan diri dari ruang silamnya. Di dalam hikayat ini, ada hati yang kecewa, ada jiwa yang kehilangan rasa dan ada perasaan yang dibakar dendam. Sempurnakah kasih Dalina dan Faiz? Mampukah Rafiq menangkis kenangan? Dan siapakah yang akan muncul lalu mengocak segala yang mereka percaya?
No reviews found