Sejarah Selangor 1766–1939
Judul asal: Monograph No. 28: A History of Selangor 1766–1939 (2nd revised edition 2004)
Penulis: John Michael Gullick / J.M. Gullick
Penterjemah: Ashraf Khalid & Akmal Khuzairy Abdul Rahman
Penyunting: Karim Mohd
ISBN: 9789670037042
Tahun terbit: Disember 2022
Halaman: 344 mukasurat
Harga: RM70.00
Berat: 0.6 KG
RANGSANG SARI
Buku ini menawarkan periwayatan sejarah Selangor bermula dari penubuhan negeri pada tahun 1766 sehingga tahun 1939 yang disimpulkan sebagai pengakhiran zaman praperang. Sejarah ini merangkumi sudut kehidupan di Selangor yang rencam antaranya pemerintahan negeri Melayu, pergelutan kuasa yang tercetus, kegiatan perlombongan, pertanian dan perladangan, perang saudara Selangor, campur tangan penjajah British, kemajuan negeri serta pelbagai lagi. Bab-bab akhir buku ini membincangkan masa hadapan kerajaan Melayu dan kedudukan Selangor dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu sebelum terbentuknya gagasan Persekutuan Tanah Melayu.
BIODATA PENGARANG
J. M. Gullick (1916–2012) adalah orientalis British yang dikenang justeru sumbangan besarnya dalam pengkajian masyarakat zaman awal dan prapenjajahan menerusi karya Indigenous Political Systems of Western Malay (1958). Dia dilahirkan di Bristol pada tahun 1916. Selepas tamat pengajian, Gullick menyertai Perkhidmatan Pertadbiran Jajahan dan dihantar ke Entebbe menjelang pecahnya Perang Dunia Kedua pada 1939. Setelah berbakti sebentar, dia dihantar ke Wilayah Teso. Pada tahun seterusnya, Gullick menyertai Kempen Afrika Timur selanjutnya menyertai Pentadbiran Tentera British di Negeri Sembilan.
Apabila pentadbiran kerajaan pulih pada tahun 1946, Gullick dipindahkan ke Perkhidmatan Awam Tanah Melayu (Malayan Civil Service) lalu berkhidmat sebagai setiausaha negeri Negeri Sembilan. Apabila Persekutuan Tana Melayu ditubuhkan pada 1948, dia menyertai urusetia di Kuala Lumpur. Dia memegang pelbagai jawatan dalam Jabatan Pertahanan dan Keselamatan dalam Negeri, Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (LPKP) serta Jawatankuasa Malayanisasi apabila dia bekerja di samping tokoh seperti Onn Ja’afar dan Tunku Abdul Rahman. Pada tahun 1956, Gullick kembali ke England bagi menjawat jawatan setiausaha syarikat Kumpulan Guthrie yang menyelia penanaman getah di Malaysia. Dia meninggalkan Guthrie pada tahun 1962 bagi menceburi kerjaya perundangan sebagai peguamcara. Kemudian dia menyertai firma E. F. Turner & Sons pada 1963 dan menjelang 1974, menjadi rakan kongsi kanan. Setelah menjadi rakan kongsi, dia meninggalkan firma tersebut, menjadi pensyarah perundangan syarikat, kemudian menerbitkan buku yang seterusnya menjadi piawai mata pelajaran “Company Law” sebagai keperluan peperiksaan pelajar. J. M. Gullick merupakan salah seorang daripada sebilangan pegawai jajahan British di Malaysia yang menggandingkan kerjaya rasminya dengan sumbangan penting terhadap pengkajian kesarjanaan sekitar sejarah dan budaya Malaysia. Dia menulis banyak karya dan terus menulis sehingga ke penghujung
No reviews found