"Didatiknya tidak sampai menggurui orang. Sasterawan besar seperti Muhammad Haji Salleh merangsang kesedaran kita untuk
menanggapi karya yang bermutu, dan dalam masa yang sama karya itu memperkenalkan horizon baharu pemikiran manusia,
secara tidak langsung tetapi bijaksana, seperti yang pernah dimainkan oleh kerya-karya besar sejak zaman-berzaman.
Panel Anugerah Sastera Negara 1991
"Saya telah ditakdirkan menjadi 'dagang', pengembaraa baharu dalam dunia yang kini menjadikan sebahagian penghuninya
dagang di antara benua, pengalaman dan bangsa. Dagang ini adalah pengembara dunia kecil, tapi pebagai, dagang ini diserahkan
dan menerima dunia ini. Maka dengan rasa separuh bersedia itu saya mengumpul cebisan-cebisan dunia yang ditemui lewat pengalaman
konkritnya kerana dunia itu adalah dunianya sendiri, betapa pun buruk atau bertaburan. Itulah yang ada dan harus dimengertikan oleh penyair."
Muhammad Haji Salleh
No reviews found