Save 15%

Sebuah Kumpulan Puisi; Nota Seberang # (L63)

Write a review
Old price: RM29.90
RM25.41
You save: RM4.49 (15%)
Ask a question
9789675378164
Out of stock
Tajuk: Sebuah Kumpulan Puisi: Nota Seberang #
ISBN: 9789675378164
Penerbit: K Citra Kurnia
Penulis: R Hamkama
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 271
Halaman: Hitam Putih 
Format: Softcover 
Berat (kg): 0.400
Dimensi (cm): 20cm x 12.6cm x 2cm 
 
SINOPSIS
 
NOTA SEMPADAN mengisikan sajak-sajak 'kembara'. Himpunan ini merupakan karya yang dihasilkan tatkala penyajak berada di luar negeri. Ada lima bahagian secara umumnya, yang meliputi tujuh kota. Setiap kota ini disinggahi penyajak. Penyajak yang berpetualang seperti ini mempunyai cukup waktu untuk berkreatif.

Sensitiviti lazimnya mudah berkembang tatkala seseorang menyapai tempat yang baharu, atau suasana yang berlainan, ataupun berada di dalam lingkungan yang berbeza. Suasana yang menyelubungi memungkinkan seseorang cenderung menyegarkan daya kreatifnya. Akan ada sesuatu yang ingin dikaryakan; tidak mengira hasil pemerhatian di tempat-tempat ini, atau sesuatu pertembungan yang mengejutkan, ataupun terkenang segala peristiwa yang terjadi yang disedari penyajak tatkala berada di tanah air.

Penyajak akan 'menghidupkan jentera kreatif' ini untuk mencatat, menilai dan mentafsir juga. Selalunya, diksi akan berlegar-legar di fikiran. Persepsi merayau atau menggeledah. Manakala, kreativiti melonjak. Karya pun tercipta. Sajak yang dihasilkan menjadi sangat bererti di dalam situasi seperti ini. Dengan yang demikian, penyajak mencari ruang untuk tentunya mengumpulkan hasil penciptaannya menjadi segugus pemikiran; yang kelak diabadikan menjadi kenangan sementara kepada pembaca mereka akan merenung setiap yang dihujahkan dan dibicarakan.

No reviews found