Se-balik Kain merupakan sebuah kumpulan cerpen karya Regina Ibrahim, yang mengumpulkan 15 buah tulisan fiksyennya dari kaca mata seorang transnita di Malaysia. Kumpulan cerpen istimewa ini membawa pelbagai perasaan kepada para pembaca. Cerita tentang manusia yang saling berhubungan, kemelut perasaan sehinggalah tiga cerita yang sememangnya dikumpul secara tahunan tentang perayaan Hantu Lapar (Hungry Ghost) dalam kalendar lunar orang Tionghua. Cerpen itu tentulah tidak menjanjikan tahap keseraman kecuali hanya mahu berkisah tentang jiwa manusia dan perhubungannya.
Cerpen ‘Aliya Maisara’ sengaja ditampilkan dalam naskah ini sebagai menguji tahap romantis peribadi sambil menyaksikan lambakan buku-buku cinta yang sememangnya laris manis. Bual bicara tentang ‘kesihatan mental’ yang semakin kelihatan dan mula diperbincangkan secara terbuka di alaf baharu dipamerkan menerusi cerpen ‘Syamel dan Pilihan Hati’. Begitu juga terma aseksual yang agak asing bagi masyarakat di Malaysia, turut diperjelaskan secara fiksyen. Manakala ‘Chap Pe Chik Pokok Asam’ yang sememangnya cerita tradisi Indochina diperkemaskan sebagai tribut kepada arwah penulis iaitu Ibu Hajjah Salmah Said yang gemar berlipur lara kepada dia dan adik beradik sewaktu membesar tanpa permainan dan peralatan canggih di zaman 70-an.
No reviews found