Saya Nak English A (ANA) (C154)

Write a review
RM10.90
Ask a question
978-967-4491-51-2
Out of stock
======================
Format: Paperback
Saiz: 11.4 x 17 cm
ISBN: 978-967-4491-51-2
Jumlah Muka Surat : 128
Warna : 2 warna
Bahasa : Bahasa Melayu
Penulis : Salbie Salleh
======================

Siri Novel Ana Muslim - Saya Nak English A!

“Tak salah awak target untuk pandai dalam Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik akan membantu awak untuk mempelajari lebih banyak ilmu di dunia ini,” ujar Hannah.

“Tapi... Susahnya Hannah. Saya rasa saya tak boleh...” keluh Syana.

“Jangan putus asa... Yang penting awak usaha!” Hannah memberi kata semangat.

Syana mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara suatu hari nanti. Namun, kelemahannya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris membuatkan dia sering resah memikirkan impiannya itu. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Firha dan Jueza yang sering memperlekehkan dirinya. Mujur ada Hannah, kawan baiknya yang sentiasa memberi dorongan. Tetapi dalam masa yang sama Syana terpaksa berhadapan dengan kesusahan hidupnya setelah penceraian berlaku antara ibu dan ayahnya. Kadangkala dia berputus asa dan hilang fokus untuk terus berusaha. Bagaimana Syana mengatasi segala masalah yang dihadapinya?

Dapatkah Syana mencapai impiannya itu?

No reviews found