Buku sastera Melayu merentas zaman ini dihasilkan untuk mempersembahkan hasil kajian bidang kesusasteraan Melayu daripada pelbagai perspektif termasuklah era penglipur lara sehingga ke era teknologi maklumat. Penulisan dalam buku ini memperlihatkan bahawa kedudukan kesusasteraan bukanlah statik tetapi juga turut berkembang dan memenuhi tuntutan perkembangan dunia semasa. Terdapat 15 buah kertas kerja dihasilkan oleh para ahli akademik dan pelajar ijazah tinggi dari jabatan kesusasteraan Melayu, akademi pengajian Melayu, Universiti Malaya. Pelbagai perspektif menjadi menjadi subjek kajian antaranya aspek pemikiran, kepengarangan, simbol dan makna, psikologi, adaptasi, estetika dan budaya dalam karya tradisional mahupun moden. Kesemua ini adalah sumbangan besar dalam dunia kesusasteraan terutamanya dalam usaha memasyarakatkan kesusasteraan dalam era globalisasi.
No reviews found