Format: Paperback
Saiz: 8.5" x 5.5"
ISBN-13: 9789678604321
Jumlah Muka Surat: 240
Allah ada menegaskan penciptaan manusia yang pelbagai bangsa dan rupa sebagai wasilah untuk saling berkenal-kenalan. Diciptakan juga dua jantina yang jelas berbeza; lelaki dan perempuan dengan matlamat yang sama; untuk saling melengkapi dan mentauhidkan DIA dalam setiap perbuatan mereka. Meski fitrah keduanya berbeza, matlamat yang dikongsi dijunjung bersama.
Menzahirkan tanggapan “Aku lebih tinggi dan mulia daripada kamu” akan menatijahkan perkataan, perbuatan dan sikap berbau diskriminasi, prejudis dan berat dan berat sebelah terhadap pihak yang dipandang lebih rendah serta hina. Penindasan, ketidakadilan dan sengketa yang berpanjangan akan mewarnai kehidupan. Sedangkan kita ini sebenarnya puya lbih banyak persamaan yang dikongsi.
Antara Pengisian Menarik:
- Ikhtilat di tempat kerja
- Merawat jiwa yang kesakitan
- Aurat: Santuni fitrah manusia
- Menyantuni fitrah berpoligami
- Rancang kehadiran cahayamata
- Nusyuz perosak hubungan sejahtera
- Antara kerjaya, keluarga dan dakwah
- Banteng fitrah rumah tangga muslim
- Hubungan silang jantina yang sejahtera
- Keutamaan wanita: Keluarga atau kerjaya?
No reviews found