Penerbit: Fixi
Penulis: Johan Malek
Muka Surat: 285
Halaman: Hitam Putih
Format: Soft cover
Berat (kg): 0.245
Dimensi (cm): 18.5cm x 12cm x 2cm
Akmal jatuh pengsan sebaik mendapat berita bahawa ibu, ayah dan adiknya meninggal akibat kemalangan jalan raya. Sebaik sedar, dia tiba-tiba ketawa terbahak-bahak sehingga menimbulkan kehairanan petugas hospital yang merawatnya. Anehnya, Akmal tak faham kenapa dia tiba-tiba ketawa. Dia juga tidak boleh menangis atau bersedih walaupun sudah kehilangan seluruh keluarganya.
Tiga tahun selepas kemalangan itu, Akmal menjadi seorang penyendiri yang tidak suka keluar rumah. Biasanya dia cuma akan keluar rumah dua kali sebulan. Masanya dihabiskan dengan bermain game dan menonton filem. Namun semuanya berubah selepas dia mengenali Jasmin, seorang guru muzik. Awalnya Akmal resah, kerana dia rimas dengan cerita Jasmin yang tak habis-habis, sampai ada masanya dia rasa nak tampal selotep dekat mulut Jasmin supaya perempuan itu berhenti bercakap.
Jasmin memaksanya keluar dari tempat persembunyiannya, dan mula kembali berhadapan dengan masyarakat. Perlahan-lahan, Akmal kembali mengenali dunia yang selama ini sudah lama dia tinggalkan.
No reviews found