Jika agama menjadi tunggangan golongan elit, senaglah rakyat dikeldaikan.
Jika kaum menjadi mainan golongan atasan, mudahlah rakyat diperkudakan.
Jika politik menjadi milik golongan borjuis, berkhayallah rakyat dilanda mabuk ketum.
Buku ini koleksi catatan santai arena politik Malaysia pascapandemik sekitar tahun 2021-2023. Ia merupakan curahan hati serta pandangan yang agak sinis dan sedikit skema seorang bekas wartawan merangkap propagandis zamannya. Ada nada gembira, sedih, kecewa, pening, keliru dan syok sendiri.
Buku ini mungkin boleh menjadi peneman jiwa apabila berdepan dengan kemelut politik Malaysia yang tak berkesudahan.
No reviews found