Siri Risalah Nahdah yang berada di tangan anda ini adalah salah satu usaha untuk memberi pengisian kepada keperluan kefahaman politik baharu dengan meletakkan ide Islam sebagai teras. Risalah ini membawa ide bahawa islam dan realiti kenegaraan seperti demokrasi, hubungan muslim dan non-muslim, kepelbagaian dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak semestinya berlawanan tetapi adalah satu dalam istilah yang berbeza. Apa yang menjadi titik pertemuan ialah ruh dan Maqasid ide-ide demokrasi dan sebagainya yang menjadi perhatian.
No reviews found