Tajuk: Rawatan Alternatif untuk Kanak-kanak Autistik
ISBN: 9789674614539
Penerbit: Penerbit USM
Penulis: Norfishah Mat Rabi
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 221
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.48 kg
Dimensi (cm): 24.8 cm x 17.9 cm x 1.9 cm
Sinopsis
Kanak-kanak autistik adalah insan istimewa yang sering disalah erti sebagai individu yang terlalu manja, pelik, degil atau agresif. Disebabkan tanggapan negatif tersebut, ramai kanak-kanak autistik dipulaukan di sekolah dan tidak mendapat rawatan sebaiknya di rumah.
Sebenarnya, adakah ibu bapa dan guru dapat melakukan sesuatu untuk membantu kanak-kanak autistik? Bertitik-tolak daripada pengalaman penulis semasa mengajar dan melakukan intervensi untuk kanak-kanak autistik di sekolah dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), buku ini ditulis sebagai panduan untuk ibu bapa, guru dan individu yang terlibat dalam penjagaan kanak-kanak autistik.
- Mengapakah kanak-kanak autistik kadang-kadang bertindak agresif?
- Kanak-kanak autistik tidak dapat merasai kesakitan. Benarkah begitu?
- Apakah aktiviti yang sesuai dengan kanak-kanak autistik?
Semuanya terjawab dalam buku ini.
No reviews found