Sinopsis | Rampai Sari Prosa Warisan mengandungi petikan-petikan daripada prosa lama yang dianggap oleh penyelenggara sebagai mewakili zamannya, bukan sahaja dari segi kandungannya, malah dari segi teknik penulisannya serta kesan fungsional yang akan diperoleh para pembaca. Yang menjadi sumber pertama buku ini ialah sumber sastera rakyat, iaitu sastera daripada masyarakat yang berhubung rapat dengan alam rayanya. Pada asalnya sastera rakyat berbentuk lisan, tetapi apabila kemahiran menulis mula diterima olch rakyat Melayu di Nusantara beberapa abad yang lalu, maka banyak bahan sastera rakyat ditulis semula. Oleh hal yang demikian, bahan sastera rakyat itu menjadi hak bersama keseluruhan rakyat yang sememangnya mendukung dan menyanjung cerita-cerita warisan mereka scperti cerita asal usul atau cerita “etiologis”, mitos, legenda, epik, dan sebagainya. Cerita pertama, iaitu “Asal Padi” misalnya, mengisahkan tentang padi yang berasal dari kayangan, dan dibawa ke bumi untuk ditanam. | |
---|---|---|
Penulis | Diselenggara oleh MOHD. YUSOF MD. NOR dan INON SHAHARUDDIN ABDUL RAHMAN | |
Bil. Halaman (ms) | 203 | |
Berat Buku (kg) | : | 0.26 |
No reviews found