Rahsia Bisnes dan Kekayaan Kaum Cina (Q15)

Write a review
RM23.00
Ask a question
9789670950020
Out of stock

================================

Format: Paperback

Berat: 0.200 kg

ISBN: 978-967-0950-02-0

Tarikh Terbit: 2017

Jumlah Muka Surat: 128

Penulis: Razzi AR Mansur

================================

 SINOPSIS

 

Di dalam 128 muka surat buku ini diterangkan selangkah demi selangkah rahsia bagaimana kaum Cina sejak dahulukala menjadi kaya raya. Rahsia-rahsia tersebut boleh ditiru dan dilaksanakan jikalau berhajat untuk menjadi kaya sebagaimana kaum Cina. 

Pada siapakah kita hendak belajar ilmu bisnes dan kekayaan? Di mana ilmu tersebut? sudah tentulah belajar dari orang, bangsa atau kaum yang telah dikenali, sebati dengan, "Bisnes dan Kaya", di depan mata.

Di dalam buku penting ini disediakan sebahagian besar rahsia bisnes dan kekayaan kaum Cina. Setelah selesai membaca buku ini, pasti berkata, "Ini bukan rahsia. Ini sudah selalu dilihat dan didengar." Itulah kesilapan yang telah kita lakukan selama ini. Kita mahukan kekayaan, mimpikan kekayaan, tetapi tidak mahu melaksanakan 'rahsia' yang sentiasa terpampang di depan mata setiap hari, percuma.

Sekiranya benar mahu memperoleh kekayaan dengan berlandaskan bisnes seperti kaum Cina, amalkan kandungan buku penting ini.

======================

ISI KANDUNGAN

RAHSIA BISNES DAN KEKAYAAN KAUM CINA

PENGENALAN

TIADA PELUANG, TIADA BISNES, TIADA KEKAYAAN

KEKAYAAN HANYA ADA PADA HIMPUN

CINA YANG TIDAK DIPERCAYAI

MELUPAKAN 1 PINTU

JANGAN HENDAK MEMBOLOT

MEMBINA IMEJ KEKAYAAN

BENARKAH ADA RAHSIA LAIN

PENUTUP

 

-BUKU 2-

10 PUNCA KEGAGALAN BISNES

PENGENALAN 

SEMATA - MATA MAHU KAYA

PASUKAN YANG LEMAH

HANYA CUKUP MAKAN

BERSAMA - SAMA

TIDAK CUKUP MODAL KEWANGAN

ENGGAN BELAJAR PENGURUSAN

TIDAK ADA SISTEM AKAUN

TIADA DAYA TAHAN

TIDAK MENYUKAI PERSAINGAN

PELABURAN MENGATASI GAYA HIDUP

============================

ULASAN

 

'Kaya' dan 'Bisnes' adalah dua perkataan yang sering kali tidak boleh dipisahkan hubungannya. Kedua - dua perkataan tersebut amat sinonim kepada kaum cina. Sebab apa? Masyarakat cina mempelopori kebanyakan perniagaan yang besar - besar di negara kita Malaysia. Sekiranya mereka berhenti berniaga, akan berlakunya kelumpuhan pada sebahagian besar ekonomi negara. Aneh benar bukan? Mesti mereka ada langkah - langkah ataupun rahsia yang mereka pakai untuk memajukan masyarakat mereka dalam bidang bisnes. Kalau nak kata rajin dan bekerja kuat, selain kaum Cina seperti Melayu dan India pun ada individu rajin dan kuat bekerja.

Untuk mengetahui rahsia bisnes yang diamalkan oleh kaum cina, buku ini adalah salah satu rujukan yang sesuai. Buku ini ditulis oleh Razzi Armansur dan beliau sertakan sekali buku bonus iaitu 10 punca utama gagal bisnes. Sekiranya diteliti betul - betul apa yang ditulis oleh penulis didalam buku ini kita dapati bahawa rahsia yang digembar gemburkan adalah sesuatu yang sudah ada didepan mata cuma tidak dipraktikkan ataupun tidak diamalkan secara bersungguh - sungguh. Nak tahu apakah rahsia itu kena dapatkan buku ini.

Buku ini amatlah sesuai kepada para usahawan dan para peniaga untuk dijadikan sebagai panduan untuk memastikan apa jua bisnes yang dijalankan akan terus berjalan dan meningkat prestasinya dan tidak melakukan 10 perkara yang menjadi punca utama kegagalan sesuatu bisnes yang dijalankan.

No reviews found