Penulis: Maria Aa Subjek: Malaysia, Puisi Keadaan: Bagus Penerbit: Peanutzin Tahun: 2017 167 muka surat
ISBN: 9789671361559
Category: Puisi
======================
QALB merupakan kumpulan prosa, puisi serta beberapa catatan pendek yang ditulis berdasarkan pengalaman kehidupan seharian penulis. QALB juga banyak bermain dengan perasaan dan emosi yang dialami oleh penulis seiring dengan pemilihan tajuk QALB sendiri, yang bermaksud hati. Penulis menggunakan peranan ‘hati’ untuk menggerakkan penulisannya di dalam QALB.
Menurut pembacaan penulis, dari sudut pandangan Islam, hati manusia dibahagikan kepada 4 lapisan / peringkat dan setiap satunya diletakkan peranan sebagai shard , qalb, fuad dan albab. Oleh yang demikian, penulis akan membahagikan QALB kepada empat bahagian dan bahagian-bahagian tersebut ditandai sebagai kelopak.
1. Shard: Pengetahuan yang tersimpan dalam hati atau pengetahuan duniawi, ia berguna untuk mencari penghidupan yang efektif. Menerusi QALB, ia ditandai dengan
Kelopak/bahagian pertama- mengenai pengalaman-pengalaman pahit, kekecewaan, jatuh dan kekalahan dalam hidup penulis.
2. Qalb: Pengetahuan batiniyah dari hati atau pengetahuan luar dari akal. Ia ditandai dengan Kelopak/bahagian kedua- mengenai kesedaran penulis untuk terus positif dan bangkit kembali dalam hidup.
3. Fuad: hati yang lebih dalam. Ia ditandai dengan Kelopak/bahagian ketiga- mengenai semangat dan inspirasi penulis.
4. Albab: hati terdalam atau hatinya hati. Ia ditandai dengan Kelopak/bahagian keempat- mengenai ‘surat-surat’ kepada Tuhan.