Multazam seorang pemuda yang pulang ke kampung Muara Panjang setelah 20 tahun berkelana ke negara orang demi menuntut ilmu dan mencari perubahan dalam diri dan kampungnya.
Pulang Multazam ke Muara Panjang disaji dengan pelbagai kerenah, fitnah, halangan dan duka daripada penduduk kampung itu. Kampung yang telah lama usang dan gersang dari syiar dan sinar. Perjuangan pemuda ini membawa perubahan di Muara Panjang.
Adakah Multazam berjaya dalam perjuangannya? Bagaimanakah Multazam menghadapi situasi itu? Apakah makna nama Multazam itu yang memberi kekuatan kepada watak untuk terus berjuang?
No reviews found