Buku cerita kanak-kanak SIRI BEBAS ASAP ROKOK ini terdiri daripada 6 buah buku cerita yang di bangunkan hasil daripada dapatan penyelidikan The Clearinghouse For Tobacco Control, Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia.
Umum mengetahui tentang bahaya asap rokok namun tidak ramai yang jelas tentang kepentingan untuk menyuarakan hak mereka sebagai bukan perokok. Melalui Siri Bebas Asap Rokok ini, hasil penyelidikan dan fakta ilmiah berkaitan BAHAYA TABIAT MEROKOK dan KESAN ASAP ROKOK BASI diolah dalam bentuk cerita kanak-kanak yang lebih santai, ringkas dan mudah difahami. Di samping itu, ilustrasi yang menarik dan cerita akan dapat menarik minat kanak-kanak untuk membaca buku ini seterusnya menggalakkan mereka menjadi ejen perubahan dengan harapan dapat membentuk generasi bebas asap rokok.
No reviews found