PUSAKA CENDANA OLEH NOR AZAH ABD AZIZ & ROZLAN MOHAMED NOOR [UTUSAN]

Write a review
RM17.00
Ask a question
Price in points: 17 points
9789676120561
In stock
+

Merupakan antologi sepuluh buah karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006 bagi Kategori Cerpen Remaja. Karya-karya tersebut merupakan hasil cipta pengarang generasi baharu, di samping pengarang kawakan. Karya-karya yang termuat dalam antologi ini memperlihatkan perkembangan pemikiran pengarang menggarap pelbagai isu di sekeliling mereka. Isu yang bersifat lokal dan menjangkau permasalahan sejagat menunjukkan kepekaan pengarang terhadap gejolak dan aspirasi remaja dalam era globalisasi yang serba mencabar. Selain itu, terdapat juga karya yang mengangkat budaya warisan bangsa yang semakin dilupakan, di samping isu-isu alam sekitar, pertembungan kebudayaan serta kekeluargaan dan kemanusiaan. Karya-karya ini dihadirkan secara berseni dan membawa manfaat dalam pembinaan nilai keinsanan dan keihsanan.

'Pusaka Cendana' yang menjuduli antologi ini mengangkat kesenian bongai, sejenis nyanyian tradisional Negeri Sembilan sebagai simbol keperibadian khazanah budaya bangsa yang perlu dilestarikan oleh generasi hari ini. Cerpen ini juga memanfaatkan ilmu undang-undang untuk mengabsahkan pelestarian kesenian tersebut.


KANDUNGAN:

Laporan Panel Hakim Kategori Cerpen Remaja dan Novel Remaja

  1. Warkah Wan Kembang kepada T. Pinkie - Rohani Deraman
  2. Matahari di Atas Sejadah - S.M. Zakir
  3. Pusaka Cendana - Nisah Haji Haron
  4. Keranda 152 - Razali Endun
  5. Cahaya Ogos - Muhammad Ali Atan
  6. Sehijau Bakau, Seteguh Cinta - Nasriah Abdul Salam
  7. Cinta Puncak Sagarmatha - Rozais Al-Anamy
  8. Mencari Gayung - Serunai Faqir
  9. Tembok Langit Lembah Nil - Muhd Nasruddin Dasuki
  10. Ke Mana Kan Kupergi - Wahba

No reviews found