Travelog Indrasakti PULAU MAS KAHWIN
(Jejak Sejarah Johor – Riau)
Pulau Mas Kahwin yang dimaksudkan ialah Pulau Penyengat yang dulunya sebahagian dari Tanah Melayu di bawah empayar Johor-Riau, tetapi sekarang ia milik Indonesia. Pulau inilah menjadi mahar kepada Raja Hamidah, puteri Raja Haji Fi Sabilillah oleh Sultan Mahmud Syah III sebagai isteri keempat.
Dahulu sejarahnya hebat, menjadi pusat keilmuan dan sering dikunjungi ulama Nusantara termasuk HAMKA. Sekarang hanya perkampungan nelayan, malah sejarahnya turut biar dilupakan. Dalam lipatan sejarah yang panjang, pulau ini dianugerahkan sultan-sultan yang hebat berdaulat, sekarang sudah tiada lagi sultan di pulau ini.
No reviews found