Format: Paperback
ISBN-13: 9789833707836
Banyak perkara yang belum diketahui oleh orang ramai, perihal peribadi dan martabat Prof. Dr. Hamka, termaktub dalam buku ini. Dan banyak pula dokumen yang belum tersiar, yang selama ini ingin kita ketahui duduk perkaranya; seperti pengalaman Hamka selama dipenjarakan oleh Presiden Sukarno, dan sikap Hamka yang meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Ulama Indonesia, sebelum habis tempoh jawatannya. Dan, banyak lagi.
Selain perkara umum, agama dan politik, tak kurang menariknya ialah kehidupan peribadi Hamka sebagai seorang : Suami, Ayah, Datuk dan Mamak serta orang tua daripada suatu keluarga Syeikh (Tuan Guru) asal Minangkabau yang punyai budaya dan adat resam tersendiri.
Penulis juga mengetengahkan kemahiran Hamka membahagi waktu antara mengarang, berkhutbah, ceramah, beri syarahan dan kuliah subuh, membaca buku dan tilawah Al-Quran serta menerima ramai tetamu yang meminta nasihat. Nasihat masalah keluarga, urusan peribadi dan lain lagi; sehinggalah orang ramai perlu beratur mengunggu giliran, seperti halnya hendak berjumpa doktor perubatan di klinik atau hospital. Semua itu dilakukannya penuh ikhlas, tanpa mendapat bayaran, apatah lagi meminta. Ia kerana Allah, demi membantu sesama insan. Itulah pengabdiannya kepada Allah, menerusi kasih sayang kepada sesama ummah.
Sudah pasti, hal-hal seperti itu adalah sesuatu yang amat bernilai lagi berharga bagi kita untuk mengenali, menatap peribadi dan martabah Prof. Dr. Hamka.
No reviews found