Puitika Sastera Melayu, Muhammad Haji Salleh. DBP. [RAK 03]

Write a review
RM40.00
Ask a question
Price in points: 40 points
In stock
+

Puitika Sastera Melayu ialah suatu percubaan yang menyeluruh untuk melihat konsep dan prinsip dasar yang menjadi landasan kepada pemikiran dan penciptaan sastera Melayu. Bermula dengan takrif kata-kata dasar, Muhammad Haji Salleh telah memasuki daerah konsep teks, genre, pengarang, bahasa, estetika, dan khalayak sastera Melayu seperti yang menjelma dalam karya-karya lisan dan tulisan. Konsep -konsep ini pula digali daripada baris dan karya, bahasa dan bait sastera, dan daripada lurah kehidupan budaya di Nusantara.
---
MUHAMMAD HAJI SALLEH
 (b. 1942 – ) merupakan salah seorang penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara 1991. Beliau juga telah memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997. Pada 2008, beliau dinobat sebagai Tokoh Akademik Negara. Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (1978-1982) dan banyak menterjemah puisi berbahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Beliau juga menjadi sidang editor jurnal Tenggara, anggota Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, dan anggota Panel Anugerah Sastera Negara.

No reviews found