Nurin Hannah, gadis yang dilimpahi kemewahan kasih sayang walaupun dia sering menjadi bahan usikan kerana perbezaan wajah dan warna kulit dengan keluarganya. Sejak kecil ibu bapanya mengasuh dia dan adik-beradik dengan didikan sempurna bagi bekalan dunia dan akhirat di samping menjadi muslimah sejati.
Ketika menuntut di universiti, pintu hatinya diketuk jejaka yang terkenal di fakultinya. Teringatkan pesanan ibu yang menghalang dia berkasih ketika sedang belajar, Nurin Hannah akur dengan ingatan itu. Tetapi mampukah jiwa halus Nurin Hannah menahan gelodak hati yang meronta?
Persoalan mengenai status Nurin Hannah membuatkan gadis itu dalam dilema. Benarkah dia hanya anak angkat Abdullah dan Hasinah? Nurin Hannah semakin kalut. Tetapi wajarkah dia melupakan kasih sayang yang dicurahkan ibu bapanya hanya kerana sepucuk surat? Siapakah dia sebenarnya?
"Satu sisi lain mengenal cinta. Surah-surah Rindu bukan sahaja membawa pembaca menyusuri cinta blasa antara seorang lelaki dan seorang wanita, bahkan lebih daripada Itu, la memberi dimensi baru bagi kita melihat cinta dalam konteks yang lebih luas lagi. Cinta antara dua sahabat tanpa pengaruh budaya mahupun agama, dan yang paling utama, cinta antara insan yang melahirkan dengan insan yang dilahirkan laltu antara ibu dan anak. Bagi yang mahu keluar daripada pembacaan yang biasa, Surah-surah Rindu adalah tempatnya."
Azilawati Mat Angsar-Novells Kuutus
No reviews found