[PTS] REMAJA KREATIF LUAR BIASA - JONATHAN SIDI [RAK 17]

Write a review
RM16.50
Ask a question
Price in points: 17 points
In stock
+

Remaja yang berjaya dalam akademik tidak semestinya berjaya dalam kehidupan, tetapi remaja yang berjaya dalam kehidupan adalah remaja yang kreatif. Mengapa perlu menjadi remaja yang kreatif? Menjadi kreatif adalah idaman setiap individu. Individu yang kreatif selalunya dipandang tinggi. Namun, tidak semua individu mampu memiliki kreativiti. Adakah kreativiti itu hanya hadir secara semula jadi? Kreatif adalah bakat dan kelebihan semula jadi yang sebenarnya memang ada dalam diri setiap individu. Apabila tidak dibangunkan secara sedar, berkemungkinan kelebihan itu terbiar dan terpendam dalam diri, sampai bila-bila. Ada pendapat mengatakan, kreatif itu adalah anugerah yang dimiliki oleh mereka yang bertuah sahaja. Pada hakikatnya, kreativiti mampu dipelajari, diperkembang dan dimiliki oleh setiap insan. Menjadi remaja kreatif adalah kunci pada persekitaran yang menyeronokkan. Buku Remaja Kreatif ini mengajak remaja supaya berfikir secara kreatif, sekali gus mendedahkan seronoknya menjadi individu yang kreatif. Buku ini turut menjelaskan ciri-ciri individu yang kreatif, alat berfikir secara kreatif dan menyenaraikan teknik-teknik kreatif dalam menyelesaikan masalah. Remaja Kreatif perlu dimiliki oleh setiap remaja yang mahu berjaya dalam hidup mereka. “Adakah anda mahu menjadi remaja yang kreatif?” Adakah anda mahu kreatif dalam membuat keputusan? Adakah anda mahu kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah? Adakah anda mahu kreatif dalam menyuarakan idea atau pendapat? Sekiranya jawapan anda adalah “Ya”, buku ini harus anda miliki. Buku ini berhasrat menyediakan cara-cara dan teknik-teknik praktikal yang mudah diikuti dan diamalkan agar anda menjadi insan yang kreatif. Buku Remaja Kreatif: Bukan Anugerah Tetapi Kemahiran, menghuraikan secara jelas dan praktikal tentang : Bagaimana remaja yang tidak kreatif boleh menjadi kreatif? Alat-alat berfikir kreatif Teknik-teknik berfikir kreatif Huraian serta contoh aplikasi-aplikasi pemikiran kreatif yang mudah diamalkan serta praktikal turut disediakan.

No reviews found