Hidup manusia tidak boleh dipisahkan dengan cinta PenciptaNya, Zainul Muttaqin mahu membalas cinta tulus itu. Untaian qasidah basah dibibirnya didendangkan saban detik dan waktu tanpa jemu. Idea Majlis Miftahul Asywaq mengapung di sana. Bersama sahabat baiknya, Amir Hamzah, mereka menelusuri jalan juang yang tidak mudah. Fitnah, sehingga konflik yang menimpa Habib Hasan dan Saif mengheret mereka untuk merungkal satu-persatu masalah sehingga akhirnya, Majlis Miftahul Asywaq terlaksana walau tanpa Zainul Muttaqin hadir bersama.
Sebuah novel yang sarat dengan pengajaran. Membacanya membuat kita berfikir, perlunya menjadi mamusta yang berperanan dalam membawa kebaikan kepada masyarakat. Novel ini juga membawa mesej yang jelas, iaitu setiap orang perlu diberi peluang, untuk kembali ke pangkal jalan
MS Anuar Mahmod - Novelis Suara-Suara Terpendam dan Memoir Anak Setinggan
Novel yang benar-benar berbicara buat para pembaca yang mendambakan sebuah kehidupan husnul khotimah!
Ilya Alias-Novelis kanak-kanak Pari-Pari Hati dan Otal
No reviews found