Bungkusan bekal itu dimasukkannya ke dalam beg lalu digalas Tangan Wak Derus dan Wak Piah diciumnya selepas bersalaman. Wak Piah memerhatikan Rasul berjalan masuk ke kebun getah sehingga hilang daripada pandangannya.
***
Rasul membawa nasi berlaukkan sambal tumis telur manakala Mahat berlauk sekerat ikan goreng bersama renjisan kicap. Manakala Saleh membawa nasi berlauk turnis belacan sahaja.
***
"Saya tidak bercita-cita tinggi tetapi mahu melangkah perlahan-lahan. Saya gagal peperikaan tingkatan tiga dan mahu mengambilnya semula, luah Musa kepada Rasul bersungguh-sungguh. Musa dan Rasul mempunyai nasib yang sama. Kedua-duanya mendapat keputusan yang baik dalam SPM (etapl terpaksa menangguhkan hasrat melanjutkan pelajaran kerana kemiskinan keluarga.
No reviews found