"Brokoli itu binatang apa?" soal Zul terpinga-pinga. Chef Alias hanya tersenyum sinis. Zul hanya kenal kobis, lobak merah, kacang panjang, tomato, dan timun.
Demi segunung cita-cita, Zul lari dari sekolah agama dan berhijrah ke Kuala Lumpur tanpa mempedulikan harapan ibunya bagi melihatnya menjadi ustaz. Bermula daripada memasak untuk kenduri kahwin di kampungnya, Zul mula menapak setapak demi setapak demi merealisasikan impiannya bergelar 'chef. Anak muda berjiwa kental ini pernah berkhidmat sebagai chef di restoran, cafe, kelab, hotel, kapal pelancong serta hotel di Mekah sebelum bergelar pengurus restoran.
No reviews found