"Betullah kata pepatah, sekeping gambar lebih bernilai daripada seribu patah perkataan. Satu lukisan kartun yang menarik dalam komik ini dapat menceritakan banyak perkara yang penuh dengan pengajaran. Tak Kenal Maka Tak Cinta, tak baca maka tak tahulah kelebihan komik dakwah ini." - Heliza Helmi (Selebriti Tanah Air)
"Sebuah karya yang amat santai dan mudah dihadam, menjentik jiwa dan minda, bukan sekadar untuk menjadi halwa mata sahaja, tetapi memacu untuk kita berfikir dan bergerak melakukan sesuatu. Sebuah karya santai yang mesti didapatkan, untuk mencubit-cubit diri yang kadangkala lalai dan alpa di tengah mengharungi dunia." - Hilal Asyraf (Penulis & Pendakwah Terkenal, www.langitilahi.com)
"Di kala ummah dahagakan pendekatan dakwah yang lebih inklusif dan kreatif, Ustaz Hasrizal muncul mengisi ruang ini. Saya menjangkakan lima tahun dari sekarang, karya kreatif sebegini akan menjadi ikutan para pendakwah di Malaysia." - Amin Idris (Pengacara TV Alhijrah)
No reviews found