SINOPSIS
Apabila saudara berminat membeli dan membaca buku ini, itu adalah salah satu daripada tanda-tanda bahawa saudara memiliki apa yang disebut-sebut sebagai ciri personaliti pejaya.
Seseorang itu disebut 'pejaya' bukan disebabkan dia sudah berjaya, sebaliknya istilah itu diberikan kepada individu yang memiliki ciri-ciri psikologi yang ada pada individu yang amat mengingini kejayaan.
Kejayaan dipengaruhi oleh banyak faktor, bukan setakat kelulusan akademik, modal, semangat dan kecekalan. Buku ini berusaha menerangkan faktor-faktor selain daripada yang empat itu, yang amat mempengaruhi kejayaan.
Dengan itu pembaca dapat memahami selama ini kita banyak salah faham dan keliru berkenaan syarat-syarat menjadi orang berjaya.
ISI KANDUNGAN
Bab 01 Milik Siapa Kejayaan?
Bab 02 Psikologi Pejaya
Bab 03 Prestasi di Sekolah dan Kejayaan
Bab 04 Konsep Diri dan Kejayaan
Bab 05 Estim dan Kejayaan
Bab 06 Orientasi Waktu dan Kejayaan
Bab 07 Menangguhkan Kepuasan dan Kejayaan
Bab 08 Sikap Optimis dan Kejayaan
Bab 09 Pemantauan Diri dan Kejayaan
Bab 10 Efikasi dan Kejayaan
Bab 11 Dorongan dari Dalam
Bab 12 Halangan dari Dalam
Bab 13 Penampilan dan Kejayaan
Bab 14 Karisma dan Kejayaan
Bab 15 Kreativiti dan Kejayaan
Bab 16 Ganjaran sebagai Pendorong Kejayaan
Bab 17 Masalah dan Kejayaan
Bab 18 Pengaruh Psikologi Ketua ke Atas Kejayaan
Bab 19 Daya Pengaruh dan Kejayaan
Bab 20 Menjadi Ketua yang Berjaya
Bab 21 Kesalahan dan Kejayaan
Bab 22 Apa Itu yang Dinamakan Kejayaan
No reviews found