Segalanya bermula kerana mahu menghilangkan stres. Siapa tidak stres apabila masuk ke Sekolah Sri Bangsar dan disabotaj dengan ganas? Antara yang dialami Nurul Saleha:
Pendaftarannya sebagai pelajar baru, disambut dengan serbuk tepung.
Meja dan begnya dipenuhi sampah busuk.
Kerusinya disalut dakwat merah!
Paling menekan perasaan, segala sabotaj itu dirancang sendiri oleh sepupunya, Malisa!
Mujur blog Ain Maisarah, penulis novel remaja itu menjadi penawar hati. Terinspirasi dari blog itu, timbul minat Nurul Saleha untuk membuat cupcake. Cupcake lobak merah yang dibuatnya sedap tidak terperi. Cupcake red velvet yang diadun, amat menawan hati. Minat yang pada awalnya sekadar suka-suka, bertukar menjadi hobi hingga mendapat tempahan meluas di Sri Bangsar.
Malisa semakin cemburu dan sakit hati! Kini produk cupcake buatan Nurul Saleha pula jadi sasaran. Tekanan demi tekanan menimpa, mampukah Nurul Saleha memenangi peperangan dengan sepupunya sendiri di Sri Bangsar?
Ikuti kisah manisnya cupcake, pahitnya dendam dan diselangi dengan 1001 pelan sabotaj dalam novel Projek Cupcake Ain Maisarah!
Format: Paperback
Saiz: 5 X 7.5 X 0.5
ISBN-13: 978-967-0411-18-7
Tarikh Terbit: 26 Apr 2013
Jumlah Muka Surat : 188
Berat (kg): 0.19
Kategori: Hobi & Kraf, Resipi, Remaja
Siri:
Penerbit: Blink Book Sdn Bhd
No reviews found