FAKRUL Azim dan Anis Amira adalah sahabat baik sejak dari kecil hinggalah menjadi pasangan kekasih. Kedua-duanya pandai dalam pelajaran. Malangnya, Anis Amira tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.
Fakrul Azim pula telah mendapat tawaran ke universiti. Anis Amira berasa sungguh gembira. Dia berjanji akan bantu membiayai pengajian Fakrul Azim memandangkan dia membuka kedai bunga dan jahit.
Sebelum berangkat ke universiti, Fakrul Azim telah bernikah dengan Anis Amira. Di universiti, Fakrul Azim telah menolong seorang mahasiswi yang kena ragut, iaitu Tengku Marsya. Sejak peristiwa itu, Tengku Marsya mula menaruh hati kepada Fakrul Azim.
Fakrul Azim mula melupai kebaikan Anis Amira dan menyanjungi Tengku Marsya. Apakah yang akan terjadi pada Anis Amira! Dapatkah Tengku Marsya menerima Fakrul Azim apabila dia mengetahui yang pemuda itu sudah berkahwin? Dan bagaimana pula nasib Fakrul Azim?
No reviews found