[PPMMK] ENSIKLOPEDIA SIMPULAN BAHASA DAN KATA GANDA DIALEK KELANTAN (RAK 30)

Write a review
RM25.00
Ask a question
Price in points: 25 points
In stock
+

PERTUTURAN LOGHAT KELANTAN satu di antara loghat-loghat Bahasa Melayu lisan yang terkenal digunakan oleh warga Semenanjung Melayu Nusantara. la adalah loghat pertuturan sseharian rakyat yang menghuni negeri Kelantan DarulNaim yang agak unik. Loghat atas dialek ini diguna pakai sejak lama dahulu oleh orang-orang Melayu Kelantan, termasuk juga penduduk berketurunan Cina disebut "Cina Kampung di Kelantan masyarakat berketurunan Siam (Thai) dan orang-orang India kelahiran negeri ini.

Loghat Kelantan juga dituturkan oleh sebahagian besar penduduk Besut, Pulau Perhentian dan Pulau Redang,Terengganu. Sesetengah tempat yang bersempadanan dengan negeri Kedah dan Pahang juga ada bercampur loghat Kelantan dengan dialek Kedah dan Pahangnya. Malah orang-orang Islam Melayu da Thailand Selatan dan beberapa kawasan di Kemboja masih menuturnya, walaupun tetap ada pelat pada sebutan.
walaupun di mana mereka berada, orang-orang Kelantan lebih selesa dan senang bertutur dalam dialeknya, sama ada di asrama-asrama sekolah, pusat pengajian, kilang apatah lagi di Kampung Kelantan, Jalan Petaling, Kuala Lumpur. Payah bagi mereka meninggalkan dialek yang sinonim dengan bahasa Dikir Barat itu. Mereka lebih bebas, "jeligha yakni berkesan menuturnya berbanding bahasa standard (Bahasa Malaysia/Bahasa Persuratan seperti yang digunakan di RTM, mereka menyebutnya sebagai "kkecek luar)

Untuk mengetahui dan memahami loghatnya, sudah tentu agak sukar apatah lagi meniru untuk 'kkecek' bertutur dalam dialek itu. Tidak cukup untuk mengetahui, memahami dan bercakap; jika hanya sekadar mempelajarinya secara teori, mengajak sebutannya hanya melalui pembacaan tulisan dialek tanpa mendengar pertuturan, penggunaan secara ori (asli/original) loghatnya. Loghat ini ketara unik apabila ianya sukar di eja rumi; kerana ada nada sebutan dan nada suaranya, di samping ada kaitan dengan lembut-kasar pengguna serta situasinya.
SIMPULAN BAHASA merupakan frasa atau rangkaian dua tiga patah perkataan Melayu yang disimpulkan dalam susunan yang indah dan unik dengan membawa maksud tertentu pula. Makna tujuannya ada terlindung pada siratan kata-kata pilihan itu, tidak pada perkataan-perkataan yang tersurat. Maksud simpulan bahasa mungkin berbeza dengan perkataan atau ayat biasa yang digunakan.
Terdapat banyak Simpulan Bahasa dialek Kelantan yang berkisar di dalam percakapan dan perbuatan masyarakat Kelantan. Ada kalimat-kalimat yang dapat diterjemahkan dengan mudah untuk difahami. Ada juga perkataan dan frasa yang sukar difahami melainkan oleh orang-orang Kelantan tulin atau orang-orang tua/lama yang tinggal di negeri Kelantan. Itupun sebahagiannya sudah jarang-jarang kita temui atau mendengarnya, namun nilai budayanya tetap terjaga dan berperihali tersendiri

No reviews found