Save 15%

Planner: Kelab 5 Pagi #(L56,BL53)

Write a review
Old price: RM45.00
RM38.25
You save: RM6.75 (15%)
Ask a question
kelab5pagi
Out of stock

Jurnal Kelab 5 Pagi adalah sebuah planner yang boleh membantu anda untuk menjadikan hari anda lebih bermakna dan memberi manfaat kepada orang lain.

Jika anda perlukan bimbingan, Journal Kelab 5 Pagi adalah jawapannya dan anda perlu milikinya.

Anda akan dijemput ke group khas selepas anda membelinya untuk sama sama berkongsi rahsia jika bangun awal 5 pagi yang mana hanya anda yang lakukannya dapat alaminya

SWEAR – Rutin untuk pagi yang Berjaya

Bangun di awal pagi, ketika itu otak memang tak dapat ingat banyak perkara.

Perkara paling buruk selalu berlaku ialah – “Kenapa aku nak bangun awal ya?”

Lepas tu ada suara jahat “Takde pape lah. Kalau ada sure kau ingat”

Itulah resepi kegagalan.

Maka saya formulasi formula mudah ingat awal pagi

SWEAR!

S – Silence/Solat

Manusia dilahirkan Bersama 3 komponen penting – “Body, Mind, Soul”

Setiap pagi, kita “feed” soul. Ketika inilah me time terbaik.

Anda boleh pilih untuk bermeditasi, menyendiri untuk refleksi diri atau boleh melakukan ritual keagamaan masing-masing di awal pagi.

Bagi saya sendiri, saya mulakan rutin pagi dengan terus mengambil wuduk dan solat tahajjud.

W – Writing

Writing boleh refer di muka surat … untuk lebih detail bagaimana anda bole gunakan jurnal Kelab 5 Pagi yang eksklusif untuk meningkatkan kejayaan anda.

E – Exercise

Senaman di pagi hari adalah sangat bagus di pagi hari. Tadi kita telah feed jiwa, sekarang kita feed our body. Ini untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Tahukah anda, senaman juga meningkatkan system kognitif. Bagaimana? Sebenarnya apabila kita bersenam kita bukan sahaja train muscle kita, malah “train” otak kita. Senaman telah dikaji dapat meningkatkan pertumbuhan sel dalam otak.

Amazing kan?

A – Affirmation

Sebelum hari anda penuh dengan pelbagai aktiviti atau manusia yang anda tak dapat kawal, mulai pagi anda dengan mengisi diri anda dengan “positive affirmation”. Affirmation boleh dibuat sama ada secara lisan atau tulisan. Latihan ini dapat melatih diri anda untuk lebih positif dan anda dapat lihat seluruh hari anda lebih positif, tenang dan bersemangat.

R – Reading

Ramai dari kita sedar yang kita perlu membaca. Pernah tak nak habiskan buku motivasi atau terlampau banyak buku anda telah beli namun tak pernah habis. Malah ada statistic mengatakan CEO membaca banyak baca buku setiap tahun dan kita sendiri susah untuk habiskan walau sebuah buku. Ya, rahsianya hanyalah sedikit rutin setiap pagi. Membaca buku setiap pagi memberi anda segala ilham dan self development yang penting untuk anda. Malah anda mungkin dapat terus amalkan ilmu yang anda dapat dari bacaan tersebut. Namun, tips mudah – elakkan membaca dari handphone anda kerana anda mungkin “distracted” untuk melayari laman social atau attend email/whatsapp anda. Rugi!

 

Penulis Jurnal Kelab 5 pagi 

Coach Rahmah atau Puan Siti Nur’ Rahmah adalah pengasas Aromah Team dan juga penulis di Kelab 5 Pagi Journal. Beliau mempunyai tauliah dalam bidang Neuro Linguistic Programme (NLP) Practitioner & Coach (ABNLP), tauliah sebagai Timeline Therapist (TLTA), tauliah sebagai Clinical Hypnotherapist (LCCH) dan tauliah dalam Colored Brain Trainer (DC).

Mempunyai visi yang jelas dalam gerakan #empowerYou beliau kini menggabungkan segala ilmunya dan menghasilkan Kelab 5 Pagi Journal. Kelab 5 Pagi Journal kini boleh didapati secara atas talian dan juga di kedai buku terpilih

No reviews found