Dr. Kamilin bin Jamilin, merupakan Ahli Majlis Fatwa termuda
Wilayah Persekutuan dan Perlis serta merupakan pengasas
bersama merangkap penasihat Akademi Al Khayr dan pengasas
Home Tahfiz DKJ. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai
Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan dan
dinobatkan sebagai Ikon Alumni Perdana yang pertama dalam
sejarah USIM pada tahun 2021.
Beliau kini aktif menulis, berkhidmat dan berdakwah dalam
pelbagai lapangan di dalam dan di luar negara serta sering
menjadi tetamu jemputan pelbagai rancangan di saluran ASTRO
TV3, TV1, TV ALHIJRAH dan pernah menjadi panel jemputan bagi
beberapa episod rancangan "Sina'ah al-Hadith" di bawah siaran
al-Majd al-"Ilmiyyah di Riyadh, Arab Saudi.
Buku beliau "Muhammad insan Paling Sempurna Pernah
Dilahirkan" terbitan.Karya Pis sebelum ini merupakan karya
terlaris yang mendapat sambutan masyarakat, sehinggakan
setakat ini, lebih 30,000 naskah telah terjual dan telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan telah dijual di
seluruh pelusuk dunia termasuk Australia, Amerika Syarikat,
United Kingdom, Singapura, Jepun dan lain-lain.
No reviews found