Dimensi (cm): 21cm x 14.8cm x 1.8cm
Perempuan yang baik-baik itu bukanlah perempuan yang sempurna.
Tidak sempurna sabarnya, namun mampu menguatkan kesabaran demi zuriat yang disayanginya.
Persis Maryam AS. Tidak sempurna keyakinannya, namun mampu meneguhkan hatinya kerana percaya akan janji Allah SWT.
Persis ibu Nabi Musa AS. Tidak sempurna masa silamnya, namun demi mengejar peluang syurga, dia sanggup korbankan segalanya. Persis Zulaikha.
Melalui buku ini, Ustaz Syaari mengupas kisah-kisah perempuan yang diangkat kedudukannya di sisi Tuhan, di sebalik ketidaksempurnaan yang mereka ada. Buku ini sesuai dibaca oleh tidak kira lelaki mahupun perempuan, kerana al-Quran diturunkan sebagai penawar buat jiwa seluruh manusia.
No reviews found