Perang Dunia Pertama. AJP Taylor

Write a review
RM46.00
Ask a question
Price in points: 46 points
Out of stock

Perang Dunia Pertama kekal sebagai perang yang menelan korban terbanyak di dunia. Meski pembunuhan Franz Ferdinand mencetuskan segalanya kemudian dimuktamadkan Perjanjian Versailles, ada luka dan duka lain yang disejarahkan AJP Taylor. Seperti syarahannya yang bersahaja, pengarang memperturun semula segala muslihat, ketamakan dan kegilaan manusia sepanjang peperangan yang kini menjadi parut besar dunia.
---
A.J.P. TAYLOR (1906-1990) ialah seorang ahli sejarah dan seorang pengulas media Inggeris. Dilahirkan di Birkdale, Lancashire dan mendapat pendidikan di Universiti Oxford. Beliau paling terkenal dengan karyanya mengenai sejarah Eropah, khususnya mengenai sejarah dua perang dunia. Beliau adalah Fellow Kolej Magdalen, Oxford dan seorang profesor sejarah moden di Universiti Oxford. AJP Taylor terkenal dengan pendekatan kontroversi dan sudut pandang lain terhadap sejarah, beliau menolak pandangan tradisional tentang sejarah dan menawarkan perspektif baru tentang peristiwa dan memperkenalkan watak-watak yang lain pada masa lalu. Antara lain, beliau juga terkenal dengan kebolehannya menjelaskan konteks peristiwa sejarah yang sukar difahami kepada khalayak umum. Taylor menerbitkan beberapa buku sepanjang kerjayanya, termasuk "The Origins of the Second World War" (1961), "The First World War: An Illustrated History" (1963), "The Struggle for Mastery in Europe 1848-1918" (1954) dan "Bismarck: The Man and the Statesman" (1955). Beliau juga sering menjadi penyumbang kepada akhbar dan majalah dan muncul di televisyen dan radio sebagai pengulas isu sejarah dan politik.

No reviews found