Selarik Hikayat mengetengahkan subjek ketamadunan Melayu pada zaman sebelum Melaka diserang oleh Portugis. Plot cerita dibangunkan melalui teknik imbas kembali, dengan memaparkan subjek kepandaian orang Melayu dalam pelayaran dan teknologi pembuatan senjata. Teras ideologinya mengangkat semangat nasionalisme dan patriotisme; manakala idealismenya dipaparkan melalui kearifan Melayu dalam dunia pelayaran dan teknologi pembuatan senjata.
Naratifnya mendialog hubungan antarabangsa dalam konteks kehadiran tentera Turki di Melaka. Bahasanya kreatif, imaginatif serta kuat menunjang subjek persoalan, sekali gus mendukung idea, pemikiran dan ideologi.
No reviews found