dia penghuni matang dunia mengarang kerjanya memerhati lalu-lalang dan membaca watak orang. watak bacaannya hidup dalam darahnya bagai ratusan patung wayang hidup subur di darah dalang
Hidup ini sebuah buku terbuka. Setiap dari kita cuma watak yang saling menyembunyikan rasa dan rahsia; saban hari berdepan teka-teki yang tidak pernah selesai – topeng apa kah yang dipakai untuk hari ini?
T. Alias Taib seorang perakam dengan mata ketiga, mata intuisi yang tajam – deria yang gemar meneroka dan menerka. Watak-watak di sekelilingnya ibarat silang kata yang sarat cerita dan curiga. Dengan kata dan metafora, beliau menjelmakan semula pengalaman dengan emosi dan puisi.
Pembaca Watak adalah jelmaan semula T. Alias Taib, 50 puisi ikonik dan terbaik yang telah membentuk darah kepenyairan beliau dalam jantung sastera negara.
No reviews found