Pemandu Van Jenazah 2: Tangisan Dari Keranda

Write a review
RM15.00
Ask a question
Price in points: 15 points
In stock
+

tempohari masa akak minta cadangan buku seram sampai ketar lutut, ada yang suruh akak baca buku ni. akak tak jumpa mana buku siri 1 tapi siri 2 ni muncul lak tetiba. macam tau jer dia belum dibaca. hehe... 32 himpunan kisah jenazah dan yang berkaitan persekitaran mahupun orang perseorangan dengan jenazah tersebut.

kisah yang ada sejujurnya dari akak tidak menyeramkan. betul. siapa yang penakut tapi rasa nak baca boleh jer anda baca tanpa perlu rasa cuak atau seriau. ianya lebih pada iktibar dan pedoman buat kita yang masih hidup ni. bagaimana ada jenazah bapa yang anak-anak langsung tak iringi ke kubur, satu van rasa panas yang amat sangat sewaktu membawa jenazah ke tapak pekuburan, sesat bawa jenazah sampai berjam lamanya sehingga tertangguh urusan pengkebumian, kain kapan terburai dan bermacam kisah lagi.

bak kata salah seorang pemandu van jenazah tiada apa yang pelik sebenarnya. mata jer cepat percaya terpandang benda pelik-pelik nih. apa saja yang berlaku itu semua jangan cepat fikir buruk. ambil pengajaran dan fikirkan tentang kita sama ada dalam keadaan husnul khatimah atau suul khatimah...

No reviews found