Pelangi berwarna jingga pada petang yang basah itu Muzafar tatap dengan mata yang tidak berkelip. Ada sesuatu dalam jalur pelangi itu yang sering menghantar keharuan lewat kehilangan adiknya. Luluh perasaannya.
Merenung pelangi membuatkannya sangat teringatkan Surianor, justeru pelangi itulah yang sering sama-sama mereka nikmati keindahannya satu waktu dahulu. Di bawah lembayungnya dia bermain layang-layang sambil Surianor membina istana pasir, sebelum ribut menerjah untuk melihat mereka puntang-panting berlari ke rumah.
No reviews found