Tajuk: Pegangan Hidup Mukmin Bersyariat
ISBN: 9789670592275
Penerbit: Nadi Minda Resources
Penulis: Ustaz Awang Mamat
Muka Surat: 236
Halaman: Hitam Putih
Format: Hardcover
Berat (kg): 0.46
Dimensi (cm): 23.4 x 15 x 1.2
ISBN: 9789670592275
Penerbit: Nadi Minda Resources
Penulis: Ustaz Awang Mamat
Muka Surat: 236
Halaman: Hitam Putih
Format: Hardcover
Berat (kg): 0.46
Dimensi (cm): 23.4 x 15 x 1.2
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dan umatku akan menjadi 73 golongan (millah), semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan yang tidak masuk neraka)." Para sahabat bertanya; "(Siapakah mereka dalam) millah yang satu itu wahai Rasulullah?" Baginda bersabda; "Mereka itu adalah (golongan yang mengikuti) perjalanan hidup ku dan para sahabat ku."
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Berdasarkan hadis di atas, para alim ulama telah membuat kesimpulan bahawa golongan yang mengikuti perjalanan hidup baginda dan para sahabat ialah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana pegangan hidup mereka menepati jalan yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Mereka dikenali sebagai golongan yang selamat.
Di mana letaknya perjalanan hidup kita? Adakah kita berada bersama golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah atau kita hanya menuruti apa yang tersedia di hadapan kita. Memang tidak diragui dunia yang menghampiri hujungnya begitu banyak cabaran. Pelbagai ilmu dan tafsiran tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Namun begitu, yang benar tetap berdiri teguh, yang bati) akan hancur berkecai.
Buku 'Pegangan Hidup' merupakan sebuah ringkasan terbaik untuk umat Islam masa kini sebagai panduan dan garis sempadan dalam memahami dan menghayati ibadah harian yang menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jalan terbaik ialah jalan yang telah dilalui oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat serta ijtihad para ulama. Semoga yang sedikit ini menjadi pegangan untuk mencari keredaan hakiki.

No reviews found