Panduan Pusat Sumber Idaman 2- Kulit lembut
Penulis: Mohamad Noor Azlan Idris et. al.
ISBN: 9789671845301
Penerbit: Literasi Resources
Tahun: 2020
Bahasa: Melayu
Muka surat: 133
Berat: 250 g
Setelah sambutan hangat buku yang pertama iaitu PANDUAN PUSAT SUMBER IDAMAN, kini lima orang penulis yang merupakan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Cemerlang dan Ikon GPM bergabung minda lagi. Mereka sedia berkongsi lagi tambahan 25 idea, pengalaman, pesanan dan pandangan yang sangat berguna bukan sekadar membangunkan Pusat Sumber Idaman malah mampu menghasilkan Pusat Sumber yang memberi impak tinggi kepada murid, guru, ibu bapa dan komuniti setempat. Inilah yang dikatakan sebagai Pusat Sumber Impian, sebuah organisasi pembelajaran yang menjadi agen perubahan dalam masyarakat.
Mereka menyebarkan petua berharga yang dikutip berdasarkan pengalaman sebenar, kisah perjuangan Guru Perpustakaan dan Media serta berkongsi rahsia sehingga mampu meraih pingat, anugerah dan pelbagai kejayaan di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antara bangsa. Biarpun menjalankan tugas dwifungsi sebagai guru sekolah dan pengurus pusat sumber, namun mereka tetap bekerja dengan gembira.
Hasrat mereka hanya satu, memperkasakan Pusat Sumber Sekolah supaya lebih banyak Pusat Sumber Sekolah berkualiti di Malaysia demi merealisasikan aspirasi sebagai negara pembaca.
No reviews found