Hidup manusia bukanlah semata-mata makan, minum, kahwin, beranak, dan mati. Pandangan Hidup Muslim bukanlah menurunkan dariat kehidupan insan kepada asalnya sebagai binatang. Hidup manusia mempunyai tujuan lebih tinggi, lebih murni. Hidup adalah tugas. Hidup adalah risalah. Hidup bukanlah semata-mata menguruskan benda mati-matian, tidak putus-putus. Bangun pagi, kerja, pulang ke rumah dan makan. Kemudian, kembali pula, keria pula, makan pula, dan tidur. Hal yang begitu hanyalah alat yang mati, bukan manusia yang hidup. Alat memang begitu; tekan butang, berputar, isi bahan api dan istirahatkan. Namun. insan bukan begitu sebab dia mempunyai ‘sesuatu’ yang lebih tinggi, lebih luhur.
No reviews found