MENGGABUNGKAN dua buah novel terawal karya Sasterawan Negara Keris Mas yang mempunyai kedudukan dan sejarah tersendiri dalam dunia kesusasteraan tanah air. Pahlawan Rimba Malaya melukiskan sejarah perjuangan anak bangsa mempertahankan maruah dan tanah air daripada belenggu penjajahan tentera Jepun yang ganas dan tidak berperikemanusiaan. Tepatnya, Pahlawan Rimba Malaya menampilkan tema revolusi bangsa-bangsa di Malaya sewaktu penjajah, tentang manusia dalam perang, mempertahankan hak dan martabat bangsanya, kebangkitan nasionalisme dan kesedaran akan pentingnya memiliki keperibadian sejati, dalam kalangan rakyat peribumi.
Manakala novel mengisahkan pergolakan hidup dunia remaja dan generasi muda membina cinta dan cita-cita dengan cara gayanya vang tersendiri. Kritikan novel ini oleh Aminuddin Baki dalam akhbar Utusan Zaman keluaran 12 Jun 1949 membuka era baharu dalam sejarah dunia kritikan tanah air.
Buku ini amat berguna bagi golongan remaja pengkaji sastera dan masyarakat umum mengenali, menghayati dan menjiwai novel-novel awal Sasterawan Negara Keris Mas.
No reviews found