Sinopsis
Lelaki dan perempuan itu berbeza. Bukanlah satu jantina lebih baik daripada yang lain. Mereka cuma berbeza. Ahli sains, ahli antropologi dan ahli sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dahulu lagi. Masyarakat hari ini masih mahu mempercayai yang lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama. Ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yang kedua-dua jantina ini berbeza.
Mengapa lelaki mendengar seperti patung
Mengapa peta boleh menyebabkan perceraian
Mengapa lelaki jatuh cinta dan wanita putuskan cinta
Mengapa lelaki tidak mampu berbohong kepada perempuan
Mengapa apabila wanita bercakap, lelaki terasa dileteri
Mengapa wanita menghargai hubungan, lelaki menghargai kerja
Mengapa lelaki berperut buncit dan wanita berpunggung besar
Mengapa lelaki hanya dapat melakukan satu perkara pada satu masa
Mengapa lelaki diibaratkan ketuhar gelombang mikro dan wanita ketuhar elektrik
Buku Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps bukan hanya membantu kita mengenali manusia berlainan jantina tetapi juga memahami diri sendiri. Hasilnya, kita mampu menjalin hubungan dan interaksi yang lebih menggembirakan dan memuaskan.
Isi Kandungan
Pengenalan
1. Spesis yang Sama Tetapi Berlainan Dunia
2. Semuanya Masuk Akal
3. Kesemuanya Ada dalam Kepala
4. Bertutur dan Mendengar
5. Fikiran, Sikap, Perasaan dan Kawasan Bencana yang Lain
6. Koktel Campuran Kimia Kita
7. Lelaki Tetap Lelaki Tidak Selalunya
8. Lelaki, Wanita dan Seks
9. Perkahwinan, Cinta dan Perasaan Romantik
10. Menuju Masa Hadapan yang Berbeza
No reviews found